Ketika otw nak ke kereta selepas berpisah dengan kakak aku sefamily, Amin dapat call dari Azfa. Azfa suruh beli akhbar Metro. Khabarnya dia dan band dia masuk paper. Kiranya sekarang ini dah bergelar artis gitulah abang seorang ni. Namun malangnya dia tak sepopular Noh Salleh atau Matt Bellamy sebabnya dia hanya sekadar drummer. Band dia pun tak terkenal.
Dan secara kebetulannya, time dekat airport tu dah terbeli dah pun akhbar tersebut. Macam mana lah boleh tak nampak dekat muka depan tu pun ada gambar band dia. Tengok page berapa terus selak. Bila tengok gambar dia terus keluar satu perkataan dari mulut semua yang ada.
Kaku.
Satu family bantai gelak tengok pose dia yang kaku plus malu-malu kucing gitu.
Secara jujurnya, si Azfa ni handsome orangnya. Dia mcm adik dia (yang bermaksud aku), tinggi. Memang aku tak tipu dengan paras rupa dia. Pernah dulu waktu sekolah rendah, Fadhilah jatuh hati dekat si Azfa ni. Biasalah budak-budak.
Tapi yang spoiltnya, si Azfa ni suka bela rambut dia bagi panjang. Tu yang menjadikan dia hodoh.
Okay cukup pasal dia. Sebelum tu aku tinggalkan lagu band dia.
Btw, terima kasih untuk Nike Sweet Classic Leather. Gua sayang sama lu :-*