I do not regret one moment of my life. -Lillie Langtry


20110522

23/5/2011: Equation Between aA+sS.

Shah tabah. Dia redha semua benda yang berlaku. Dia sakit hati sekalipun, dia langsung tak salahkan aku. Dia tetap tunggu.


Aku, cepat putus asa. Cepat buat keputusan tanpa fikir perasaan dia. Cepat terasa walaupun benda kecil. Ego, selfish.



Benda-benda macam ni lengkapkan hubungan kami. Mungkin, untuk setahun lagi. Atau lebih.



Kehendak Dia tiada siapa boleh halang.

20110520

20/5/2011: Yuna Takes Photo.

Yuna Takes Photos promo from Yuna Zarai on Vimeo.


Canon 5D Mark ii.


Yuna ada Tumblr. Semua gambar yang Yuna ambil menggunakan Canon 5D Mark ii memang lawa gila. Dia tak mainlah reblog reblog ni. So check this out.


http://yunatakesphotos.tumblr.com/



Bila tengok Yuna active ber-tumblr, aku pun terasa nak active balik haha.

20110519

19/5/2011: New Chapter.

Tak pernah aku sangka aku ada kebolehan menjadi cupid.



Ingat senang nak buang ego lelaki. Dan membuat perempuan tu rasa selesa.


Memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Plus, masa dan kredit kena korbankan. Semata-mata nak satukan hati si jantan dan si betina.





By the way, congrats. I'm the happiest person to see both of you are now a couple.

20110518

19/5/2011: Pakoff.

Hye.


I forgot to bring along my calculator during KH paper. I rush back to my beg and take it then go back to my place. I used the front door and saw Pn. Shuraida is giving a paper to Saiful. I told my teacher that I don't get the paper. Suddenly, my classmates laugh at me. I asked why. Then Zhi Yan said, the paper is just for boys. That time I don't know how did I felt. Memang malu gila lah sebab semua pandang.

19/5/2011: Take Note.

Hai.


Pertama sekali, blog ini didedikasikan kepada Raja Muhd Shah atas permintaannya. Jadi hampir keseluruhan entry ada bersangkut paut dengan dia.

Kedua, I never ask you to read my blog. Okay ini serius. Mungkin ada yang rasa menyampah, muak atau sebagainya. Macam takda orang lain lah plak kan. Sepanjang 13 bulan ni, asyik nama dia je. Jadi di sini, tak payah paksa diri nak baca. Cukup dia seorang sebab ini permintaan dia.



Aku cuma ingatkan sebelum ada sesiapa yang berkata lebih. Take note.

18/5/2011: Melaka-Kuala Lumpur.

Hai assalamualaikum.



Kesian rasanya dekat orang yang hidup dalam asrama ni. Orang dekat sini senang hati tengok tv sambil jealouskan orang sana. Sabar jelahkan. Haha.


Mungkin ini yang terbaik. Untuk dia, untuk aku.



Lalui saja dengan gembira :)

18/5/2011: Three Done, Now Three More

Tiga paper. English paper 1, English paper 2, dan Kemahiran Hidup.


Aku bertawakal. But I'm target my English will be 70 above while A for KH.


Macam mana sekalipun, kuasa Tuhan tiada siapa yang tahu.




Tiga paper juga untuk esok hari. Aku cuma tumpukan pada Science. Sivik, main hitamkan saja. Tiada siapa yang kisah.



By the way, I've got my Geografi paper. Thank Allah I got 78. From C to A.

18/5/2011: Message

Another ten messages from him.


'Iloveyou :)'


Just like before.


He make me smile, even I was in pain. He is the only one who knew how to cure me back.

20110516

17/5/2011: Wesak's Day.

Hai assalamualaikum.


Cuma nak ucapkan Selamat Hari Wesak.



Sejujurnya, aku rasa lemas bila hari cuti.

16/5/2011: 13# (2)

Alhamdullillah, aku dapat jawab ketiga-tiganya.

Lusa nanti, tiga paper juga. Dan aku letakkan harapan yang besar.





Akhir-akhir ini, aku banyakkan solat sunat. Dan aku harap, berkekalan.



Sebenarnya, mungkin ramai yang rasa bahasa aku batu. Susah nak ubah kebiasaan. Habit.

Tapi di luar, aku lain. Mungkin kerna persekitaran.


Di sini sunyi, hanya ada aku. Ditemani lagu yang membuai perasaan.





This is the real Atiqah.

16/5/2011: 13# (1)

Hai.


Agak lama aku menyepi. Mungkin.



Jangan pernah tolak takdir. Jika benar ini yang ditunjukNya, terima dan pegang selagi mampu.


Jangan pernah rasa menyesal, jika dia pergi bila saat kita inginkan.
Capai pada tali itu sebelum terhanyut.


Dia tercipta untukku.

Mungkin, selagi diizin olehNya.



Raja Muhd Shah, happy 13 months. Terima kasih kerana sudi menunggu.


Dan kini, kita kembali.


Np: Tercipta untukku.

20110509

9/5/2011: Sundae Cone 2.

Ahad semalam.


Dari pagi sampai ke petang tunggu ayah aku di hospital. Memang menyirap habis lah sebab tak tahu nak buat apa. Tambah plak gaduh dengan Shah.



Agak tahap kesabaran nak duduk dekat hospital tu dah makin nipis, text semua orang ajak lepak mcd. Tapi haram takda yang reply. Check contact list, nampak nama AFZ. Terus text dia. Tak lama lepas tu dia reply cakap setuju.



Around pukul 5.30 macam tu dia datang mcd. Order makanan terus cari tempat duduk dekat atas. Sambil makan sambil borak. Dia suruh layan Shah baik-baik. Aku buat dengar tak dengar. Lepak lah sampai nak dekat pukul 6.45 sebab fikir tak solat asar lagi.





Again, thanks Dekyol.

20110508

9/5/2011: PSK.

Lupa pula nak beritahu.




Sabtu lepas, ada Pertandingan Nyanyian dan Tarian Tradisional untuk matapelajaran PSK. Kitaorang menyanyi lagu Joget Berhibur. Hehe tak sangka boleh menang tempat kedua.



Najwa, Hassan, Husain, Hisyam, Chan, Tham, Alai, Razi, Fahmi, Ameer.



Terima kasih sebab masing-masing beri kerjasama. Walaupun praktis last minute, kita buat bersungguh-sungguh. Hasilnya, ini yang kita dapat.




Cheers.

9/5/2011: Happy Mother's Day.

Hai.


Hari Ibu semalam, aku nyanyi lagu untuk dia. Itu pun secara tak terancang. Mak aku senyum. Malu-malu gitu.




Kalau Allah ambil dia dulu, aku akan menjadi orang yang paling sedih. Sebab aku perlukan dia setiap masa. Lagi-lagi aku ni anak mak.






Ma, I love you.







Sebenarnya, menyambut Hari Ibu ni tak salah. Cuma yang salahnya kalau kita hanya mengingati ibu kita pada Hari Ibu saja.

20110507

7/5/2011: Queen.

Aku tanya mak aku dia nak apa untuk hari ibu esok. Sebab aku buntu tak tahu nak beli apa. Masa birthday dia hari tu aku belikan handbag Velentino Creation sebagai hadiah. Nak beli kasut rasanya tak perlu sebab kakak aku baru beli kasut Bonia untuk dia. Nak bagi baju susah nak cari saiz kalau tak bawa tuan punya badan. Bila nak beli kek, rasa macam bazir duit saja sebab majoriti family aku tak suka kek. Jadi bila aku tanya, dia hanya jawab;


'Tak payah beli hadiah. Jadi anak yang baik dah cukup.'

7/5/2011: End.

He is not for me. Thanks for everything.



No more him. And yes, no more about us.

20110505

Empat belas: Tak Akan Hilang Bulan Dan Bintang

Assalamualaikum.


Masa sekolah tadi, ada rehearsal sivik dekat dewan. Memang haru betul lah sebab aku tak tahu apa-apa. Praktis pun tak pernah. Sampaikan rentak lagu tu pun aku tak tahu! Bila dekat atas pentas, mulut bukak macam tak bukak. Badan kaku macam mayat. Tu pun jenuh paksakan diri tepuk-tepuk tangan lepas cikgu suruh buat.


Habis sekolah, kitaorang stay back sebab nak praktis nyanyian tu balik dekat dewan. Kira okay lah sikit dari pagi tadi. Dalam pukul 3 lebih macam tu balik. Balik jalan kaki dengan Alai. Kesianlah kan dia balik sorang-sorang. Masa jalan nampak Razi dengan Fahmi dalam kereta mak Annati. Panas je hati. Sampai rumah makan Nasi Ayam Golek akak beli depan rumah tu hah. Frist time aku try. Tengok macam sedap, tapi takdalah sedap mana. Petang tuisyen macam biasa. Tak dapat nak tengok ayah aku dekat hospital. Malam makan nasi lemak Det Station. Hari ini memang stok tapau dari kedai jelah. Mak aku busy jaga anak buah, nak pergi hospital lagi. Memang tak sempatlah nak masak.


Abah, get well soon.

20110504

Tiga belas: Strok.

Hari ini aku mc. Semuanya gara-gara batuk terlampau malam smlm sehingga menyukarkan aku bernafas. Dada pula terasa macam dicengkam. Tapi alhamdullillah, sekarang aku boleh bernafas dengan stabil. Rasa sakit pun berkurang.


Malam semalam, ayah aku dimasukkan ke dalam wad di Hospital Ampang. Doktor kata tekanan darah ayah aku tinggi. Maka oksigen tak sampai ke otak. Kemungkinan dapat strok sebab lengan kiri ayah aku lemah. Aku gagahkan juga pergi hospital smlm walaupun rasa sakit. Itu pun kejap saja sebab aku tak mampu nak berdiri lama-lama. Kesudahannya aku duduk di bangku luar jaga Umairah.

20110503

Dua belas:Video (1)


One word; cool.

20110502

Sebelas: Selamat Tinggal



Aku tak tahu kenapa hari ni aku emosi sangat. Senang sangat keluar air mata. Gaduh dengan Shah menangis. Kakak aku acah cakap tak beli beg Cath Kingston untuk aku pun meleleh air mata. Sampaikan tengok videoklip lagu ini pun emosi jatuh air mata. Sebelum ni takda pun aku hayati videoklip ni. Padahal dah banyak kali tengok dekat Astro.

Sepuluh: Permintaan Hati

Apa yang aku luahkan di dalam blog ini terkandung perasaan. Sama ada suka atau duka. Kalau dulu, semua yang berkaitan tentang Shah. Hati rasa gembira. Tapi sekarang, hanya rasa sakit. Kegembiraan masih ada. Namun mungkin hanya tinggal sisa-sisa kuman.


Pagi tadi Shah text. Dia minta aku nyanyi lagu The Scientist untuk dia. Aku agak itu luahan hati dia. Mungkin dia berharap aku cari dia balik, beritahu pada dia aku perlukan dia balik. Seperti lirik lagu itu.


Tak lama kemudian dia call. Aku sengaja tinggikan volume tv. Sebab aku tak nak dengar suara itu. Suara yang buat aku serba salah. Suara kecewa sebab aku. Dia minta aku nyanyi. Aku tunaikan. Mula-mula aku nyanyi, dia kata tak dengar. Tv kuat sangat. Aku perlahankan volume. Aku nyanyi lagi sekali. Kali ini hati aku sebak. Aku cuba tahan air mata dari jatuh. Tapi gagal. Dan aku tahu dia pun sama.




Sebenarnya, aku sendiri pun tak tahu apa yang aku inginkan. Alai rasa serba salah. Tapi hakikatnya aku langsung tak salahkan dia. Cuma diri aku ini, yang aku sendiri tak faham. Langsung tak faham.







Hayati lirik dia.

20110501

Sembilan: 1/5/2011

I had a great day today with him. He treat me like I'm still her girlfriend. The way he talk to me. The way he care about me. Langsung tak tunjuk perasaan marah dekat aku. Langsung tak ungkit pasal kejadian malam semalam.

Dan aku pun minta biar masa tak bergerak. Biar dia terus begitu agar aku tak rasa susah hati.

Shah, ingat masa kita jalan sama tadi? I'm holding your hand. And thanks god you were wearing a sweater that time. Kira kulit tak sentuh kulit sebab ada lapik. Aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh pegang dia. Secara tiba-tiba berlaku.

He sent me a text. He told me I'm look pretty. Aku terharu. And his phone. He set my picture as wallpaper. Dalam hati aku terfikir. Dia terlupa ke aku baru kecewakan dia semalam. Tapi dia tetap macam tu. Sampai ke sudah.

Masa Adin nak ambil gambar kita. Rasa segan sangat. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba mama lalu. I think she saw we were standing too close. Tapi dia cuma diam je. She just ask what did I bought. Langsung tak tunjuk muka marah ke apa. Cuma Qila dengan Tira je melebih-lebih rasa cuak.

Dan masa nak pergi mcD. She just said, "Pergilah mcD dengan diaorang. Ma dah kenyang makan tadi." Then we go. Tengok mcD ramai, Pizza Hut pun sama. Kesudahannya makan dekat foodcourt. Shah belanja makan. Bila tanya harga berapa. Dia tak jawab. Dia cuma kata entah.

Dan ketika di bus stop, aku harap sangat masa berhenti. Takda siapa datang mengganggu. Sebab itulah satu-satunya waktu kita cuma berdua. Masing-masing layan perasaan dalam hati. Tiba-tiba dia tunjuk text lama aku hantar dekat dia dulu . Masa tu aku rasa serba salah. Aku pandang bawah. Diam. Tak mampu nak cakap apa sampailah diaorang datang.

Masa sampai Chan Sow Lin tadi, Tiqa sengaja tak pandang muka Shah. Sebelum keluar tren, Shah cakap dekat mama. "Balik dulu cik." Mama cuma senyum. Dia tanya tu sapa. Tiqa cakap Shah. Dia tanya rumah Shah dekat mana. Tiqa jawab rumah Shah ada dua. Satu dekat mega. Satu dekat bukit jalil. Dia cuma angguk.

Dari dalam tren, aku pandang muka dia sampai tren berjalan. Sebab tu kali terakhir aku tengok dia. Esok dia pulang teknik. Sebulan dia tak kan balik sampai cuti sekolah nanti. Aku pasti aku akan rindu dia.



Dah lah Atiqah, stop.

Lapan: Buku Berpesta Untuk Terakhir Kali.

Pergi pesta buku buat kali kedua dengan Athirah, Qila, Shah, Hisyam, Syukri, Adin & mak aku. Sampai pwtc dalam pukul 11 lebih. Mak aku cari buku dia, kitaorang cari buku kitaorang. Pergi gempak starz beli komik User, Lawak Uptopia High & Lawak Kampus. Beli buku Hlovate dekat jemari seni. [tunas], Rooftop Rant & 5 Tahun 5 Bulan. Ingat nak beli Versus sekali tapi fikir balik takut lari bajet. Dekat pts beli satu buku Ain Maisarah. Makan dekat foodcourt The Mall. Lepas makan patah balik pwtc. Beli novel & majalah phototshop dekat karangkraf. Naik atas pergi sasbadi. Qila belanja buku math. Jalan-jalan jumpa buku latihan murah. Beli kertas soalan sebenar math, science & kemahiran hidup ekonomi rumah tangga. Plus, soalan topikal pendidikan agama. Keluar dari dewan, jumpa buku mak aku nak. Beli, balik.