I do not regret one moment of my life. -Lillie Langtry


20110214

K-Pop

Nak tak nak. Aku terpaksa juga mengaku. Aku dah mula minat K-Pop.

Haru jadinya weh. Gilalah. Dulu aku punya lah anti. Sampai budak cina class aku yang minat K-Pop pun aku pergi bahannya. Sekarang kena dekat diri sendiri. Siapa nak jawab?


Semuanya bermula dari si Fatin. Isnin, 8.00 malam. Kelas tambahan Matematik.


Fatin keluarkan file ada gambar Big Bang. Aku sekadar hiraukan. Tak lama lepas tu, tangan aku tiba-tiba jadi gatal pegang file tu. Dan secara tiba-tiba, mata aku tertatap dekat G.Dragon. Dalam hati


‘Ya Allah, handsomenya!’


Godaan tahap maksima. Cair tak terkata. Paling tak tahan, Fatin kata dia ada 6packs. Pandang Najwa,


“Gila dah ni aku terpengaruh dengan Fatin ni.”


Najwa geleng kepala.


Tapi bila aku search gambar G.Dragon dekat google, hodohlah plak. Okay cancel tak jadi tergodalah.

Tae Yang. Okay Tae Yang. 100% memenuhi ciri-ciri kehandsome-man seperti yang diminta.

Oh my Tae Yang.