I do not regret one moment of my life. -Lillie Langtry


20110319

Ampang Point

Green or Purple?

Khamis lepas.

Aku keluar dengan Alai dan Najwa. Azfa hantar sampai Axis Atrium sebab kitaorang kena ambil gambar bangunan itu untuk Kerja Kursus Sejarah. Selesai ambil gambar, tahan teksi pergi Ampang Point. Tujuan yang sama. Ambil gambar untuk kerja kursus. Dah alang-alang sampai, pusinglah dalam Ampang Point tu. Masing-masing beli novel dekat Popular. Lepas beli novel, pergi makan dekat KFC. Aku hanya makan set Colenal Burger. Najwa beli Cheesy Wedges. Alai on diet. Habis makan, pergi kedai Fipper. Nak pilih seliper pun berjam. Aku hanya tengok saja sebab dekat rumah pun ada Fipper yang belum pakai. Tunggulah nanti aku beli Fipper Slim blue-pink & Fipper Stripe purple-white lain hari. Lepas itu pergi balik Popular Sale. Aku beli lagi satu novel. Dah beli novel, pergi Brands Outlet. Tengok baju lelaki lawa-lawa. Dalam hati nak beli untuk Shah. Tapi fikir balik ekonomi sekarang ini tak berapa baik. Jadi tunggu lah lain kali. Nak beli baju untuk aku rasanya malas. Bukan apa. Aku malas nak dengar bebelan Puan Hamidah. Katanya t-shirt aku dah banyak. Keluar dari Brands Outlet nak ke bangunan Habib Jewel,
tengok hari hujan. Masa itu jugalah dapat call dari rumah. Ambil gambar terus masuk balik Ampang Point. Tunggu bas dekat depan Ampang Point. Naik bas sampai Lrt Ampang. Pemandu bas memang kejam. Berhenti bas jauh dari jejantas. Hari pula hujan lebat. Nak tak nak kena redah hujan seberang jalan nak ke lrt. Basah kuyup tak payah cerita. Beli tiket terus tren sampai. Sampai Cempaka masih hujan. Malah bertambah lebat. Tunggu lah sekejap dekat lrt sampai hujan reda. Mula-mula ingat nak naik teksi. Tetapi kesudahannya naik bus. Sampai rumah pukul tiga lebih. Berehat kejap, mandi , solat terus pergi tuisyen.



Memang ini kali terakhir aku menulis sebegini rupa.




Peace, assalammualaikum.