I do not regret one moment of my life. -Lillie Langtry


20110311

Nokia N8


Modal handphone semasa aku adalah Nokia Xpress Music 5610. Dan screen handphone aku telah rosak hampir tiga bulan.


Sebelum itu, hai assalammualaikum.



Bagi aku, Xpress Music 5610 memang melengkapi ciri-ciri yang aku nak. Umum mengetahui, remaja meminati musik. So am I. Malah, pada zaman aku dapat handphone ini iaitu pada sekitar 2008, handphone aku dah kira paling hebat pada masa itu. Bagi aku dan kawan-kawan aku, ambil gambar menggunakan handphone bermegapixel 3.2 dah cukup lawa dari ambil gambar menggunakan handphone yang hanya 2.0 megapixel. Rasa hebat. Alah. Kira macam gambar kau lebih berkualiti gitu lah bila masuk MySpace. Kahkah. Bila ingat balik, memang lawak. Bertapa naifnya zaman kanak-kanak dahulu. Haih





Jauh tersasar.





So back to the main story.





Bukan itu saja kelebihan yang handphone aku ada. Ini antara kelebihan yang lain.



Jadi, aku dah ambil keputusan. Aku akan hantar kedai repair handphone itu. Harga untuk repair pun dah survey. Bawah Rm100. Tiptop. Hanya perlu minta duit dari bos besar dan handphone aku akan normal seperti biasa.




Dan ini, cerita yang lain. Tetapi pangkalnya masih sama.




Aku search latest Nokia handphone 2011 di Google tadi. Saja, mengisi masa aku memandangkan facebook semakin hari semakin membuatkan aku menyampah dengan ragam manusia dalam friends list aku yang entah apa-apa. Maka, aku temui satu handphone yang memang memenuhi ciri-ciri yang aku inginkan lebih daripada Xpress Music 5610 aku. Memang handphone ini betul-betul WTFBBQ!~






Nokia N8 memang superb! Sebelum ini, kebanyakan telefon pintar Symbian berwarna gelap dan nampak membosankan. Kalau ada warna lain pun, warna merah atau biru. Tetapi kali ini, Nokia N8 akan berada dipasaran dalam beberapa warna iaitu biru, perak, oren, hijau dan hitam. Kesemuanya kelihatan hebat kerana badannya diperbuat daripada alumunium yang dianodaiskan. Tak rasa cool ke bila handphone rare dari orang lain.

Dan cuba lihat berapa besar megapixel Nokia N8 ini miliki.


12 MEGAPIXEL!


Gempak tak gempak jugalah sampai Canon Eos 1000D dalam rumah aku ini pun kalah. Tak percaya? Ini buktinya.


Hahahaha gelak habis aku dibuatnya. Canon EOS 1000D yang berharga Rm4000++ tetapi kalah dengan handphone berteknologi tinggi macam Nokia N8. So bagi kalian yang masih sibuk nak beli DSLR, aku sarankan kau orang beli saja Nokia N8 ini. Harga memang jauh beza. Malah boleh buka facebook!

Kita tengok pula harga handphone tersebut. Apabila EUR370 ditukar kepada Ringgit Malaysia, ia akan menjadi lebih kurang RM1565. Satu angka yang boleh dikatakan agak rendah untuk sebuah peranti berteknologi tinggi dan superb seperti ini. Jika kita lihat pengeluar telefon pintar “high-end” lain, kebiasaannya harga yang ditetapkan untuk model-model baru ialah di sekitar RM1800 hingga RM3000. Tetapi N8 hanya berharga bawah RM 1600!

Dan seterusnya kita lihat pula kehebatan teknologi baru Symbian^3. Nokia N8 melakar sejarah apabila mejadi handphone yang pertama di dunia menggunakan Symbian^3. Ramai yang melihatnya sebagai sama sahaja seperti Symbian^1. Hakikatnya, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai kebanyakan penambahbaikan Symbian^3 bukanlah dari segi UI luarannya. Symbian^3 dibangunkan untuk menyelesaikan banyak masalah Symbian^1. Antaranya ialah seperti satu klik untuk semua. Tiada lagi dua klik. Begitu juga dengan kemudahan untuk berhubung dengan internet. Symbian^3 akan membuang pop-up dan soalan yang bertanya “Adakah anda mahu menggunakan Internet?”. See? Bertapa beruntungnya jika memiliki Nokia N8.


Apa-apapun, aku tahu memang sukar aku nak dapatkan Nokia N8 pada waktu ini memandangkan aku hanya seorang pelajar sekolah yang ditanggung 100% oleh kedua ibu bapa. Jadi, aku akan mengambil keputusan meminta handphone ini dua tahun akan datang walaupun pada ketika itu handphone ini mungkin sudah memasuki kategori out to date.


P/S: Aku tak tahu apa yang ada dekat Nokia C3 sampai ramai sangat sibuk nak beli handphone itu. Aku tengok kelebihan dia takdalah apa sangat. Setakat ada wi-fi dan boleh buka facebook. Kalau nak dibandingkan dengan Xpress Music 5610 aku, aku rasa modal handphone aku lagi bagus.

Sekian.