Beberapa jam yang lepas, Hospital Ampang.
'Puan setuju sekiranya anak puan lakukan pembedahan?'
Gila. Aku tak dapat bayangkan macam mana sekiranya aku betul-betul jalani pembedahan. Silap hari bulan, aku boleh lumpuh kalau ada kesilapan masa pembedahan. Tak pernah seumur hidup aku lakukan pembedahan. Masuk hospital pun tak pernah. Okay pernah sekali ketika aku pergi kem dahulu. Keracunan makanan sampai kena masuk air dalam badan. Memalukan.
Doktor kata aku normal seperti remaja lain. Tapi hakikatnya. Aku tahu dia hanya menipu untuk bermain psikologi dengan aku. Normal kalau tulang belakang bengkok 24 darjah? Tiap hari aku akan mengadu sakit. Selalunya rasa sakit ini akan menyerang pada waktu malam dan selepas aku bangun tidur. Untuk mengurang kesakitan yang aku rasa, aku akan telan ubat tahan sakit. Tapi sampai bila?
Kadang-kadang timbul rasa putus asa dalam diri aku. Memang takda cara lain dapat merawat sakit aku. Doktor beritahu tulang aku memang semulajadi bengkok. Aku diam. Sebab aku tak tahu nak kata apa.
Tulang aku akan berterusan menjadi bengkok.
Dan aku pun akan berterusan rasa sakit.